1.0 PENGENALAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Wahidah binti Mat Said, Pensyarah Matapelajaran Pengurusan Dalam Islam, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Kumpulan kami telah memilih tajuk Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dimana tajuk ini seperti yang kita semua tahu sangat biasa terjadi di kalangan masyarakat kita dan seharusnya diberikan pendedahan yang lebih mendalam untuk masyarakat umum tahu apa itu sebenarnya gangguan seksual. Ini kerana kebanyakan masyarakat kita tidak boleh membezakan situasi mana seharusnya digelar sebagai gangguan seksual dan apa daya tarikan yang memboleh kan seseorang itu berada dalam situasi ganguan seksual di tempat kerja.

Comments

Popular posts from this blog

1.3 KESAN GANGGUAN SEKSUAL

1.1 APA ITU GANGGUAN SEKSUAL