1.1 APA ITU GANGGUAN SEKSUAL

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA:  
 BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA 

Pernah mengalami tindakan gangguan seksual (Sexual Harassment)? Contohnya tiba-tiba rakan sepejabat kita meletakkan tangannya dibahu kita yang mengakibatkan perasaan tidak selesa. Atau rakan kita menceritakan jenaka lucah, dengan bermaksud untuk sekadar bergurau  tetapi kita merasa terganggu atas jenakanya. Contoh itu tadi boleh disebut sebagai gangguan seksual. Banyak dari kita mengalami kejadian seperti contoh di atas tetapi mungkin situasi tersebut dianggap sebagai suatu yang normal terjadi atau bahkan kita tidak mengetahui bahawa kita telah menjadi mangsa gangguan seksual. Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalaman pada peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.

 


Apa Itu Gangguan Seksual?


Menurut Abd Rahim Abd Rashid dalam bukunya Gangguan Seksual, “Gangguan Seksual adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima, baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual, pernyataanyang bersifat menghina secara tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah  atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman atau intimidasi di persekitaran tempat dia bekerja.

Comments

  1. Las Vegas Strip | Casino, dining, nightlife, and entertainment
    Vegas Strip. 천안 출장마사지 Casino, dining, nightlife, and entertainment is 서귀포 출장샵 at the heart of Downtown Las Vegas 속초 출장안마 and 여수 출장마사지 downtown Las Vegas. Whether you're looking for a night 고양 출장샵 of

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1.3 KESAN GANGGUAN SEKSUAL