1.3 KESAN GANGGUAN SEKSUAL
Gangguan seksual yang berlaku memberi kesan kepada mangsa dari segi fizikal dan mental. Kesan-kesan ini seperti dari segi kerjaya, peribadi dan juga persekitaran sekeliling. Dari segi kerjaya, mangsa lebih gemar mengasingkan diri dari rakan sekerja dan juga cuba mengelakkan diri dari hadir ke pejabat . Ini akan menjejaskan prestasi kerja dan juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka kehilangan kerjaya tersebut. Kesan kepada peribadi pula di mana mangsa akan mengalami gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur, hilang selera makan dan emosi yang tidak stabil. Mangsa juga merasa malu untuk berhadapan dan bergaul dengan orang sekeliling. Rasa ini timbul apa bila mangsa merasa rendah diri dan tidak layak berada bersama-sama orang lain kerana merasakan dirinya tidak berharga dan terhina . Mangsa juga akan merasa takut dan curiga terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasa bimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil jika...
Comments
Post a Comment