Posts
PENGURUSAN DALAM ISLAM: GANGGUAN SEKSUAL
- Get link
- X
- Other Apps
NAMA AHLI KUMPULAN : 1) UMMU NURKHAIRAH BINTI MOHD AZIZAM (02DSK16F1042) 2) MUHAMMAD FIRDAUS BIN BAHARUDIN ( 02DSK16F2003) 3) NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK MAHADI (02DSK16F2031) 4) NUR IZMALIA BINTI MAZLAN (02DSK16F2023) 5) TUAN NORSYAZREENA BINTI TUAN NORYADI (02DSK16F2005) KELAS : DSK2A KURSUS : PENGURUSAN DALAM ISLAM KOS : DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN SESI : DISEMBER 2017 NAMA PENSYARAH : PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID JABATAN : PERDAGANGAN
1.0 PENGENALAN
- Get link
- X
- Other Apps
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Wahidah binti Mat Said, Pensyarah Matapelajaran Pengurusan Dalam Islam, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua piha...
1.1 APA ITU GANGGUAN SEKSUAL
- Get link
- X
- Other Apps
GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA Pernah mengalami tindakan gangguan seksual (Sexual Harassment)? Contohnya tiba-tiba rakan sepejabat kita meletakkan tangannya dibahu kita yang mengakibatkan perasaan tidak selesa. Atau rakan kita menceritakan jenaka lucah, dengan bermaksud untuk sekadar bergurau tetapi kita merasa terganggu atas jenakanya. Contoh itu tadi boleh disebut sebagai gangguan seksual. Banyak dari kita mengalami kejadian seperti contoh di atas tetapi mungkin situasi tersebut dianggap sebagai suatu yang normal terjadi atau bahkan kita tidak mengetahui bahawa kita telah menjadi mangsa gangguan seksual. Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujua...
1.2 PUNCA GANGGUAN SEKSUAL
- Get link
- X
- Other Apps

1. Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah golongan wanita, keterampilan yang moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan sekerja dan juga pihak atasan, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian. Menurut, Fiske dan Glick (1995) telah membuat rumusan bahawa perawakan wanita yang menampakkan ciri-ciri tradisi kurang terdedah kepada gangguan seksual ini. Personaliti dan perawakan seseorang wanita itu menjadi faktor ...
1.3 KESAN GANGGUAN SEKSUAL
- Get link
- X
- Other Apps

Gangguan seksual yang berlaku memberi kesan kepada mangsa dari segi fizikal dan mental. Kesan-kesan ini seperti dari segi kerjaya, peribadi dan juga persekitaran sekeliling. Dari segi kerjaya, mangsa lebih gemar mengasingkan diri dari rakan sekerja dan juga cuba mengelakkan diri dari hadir ke pejabat . Ini akan menjejaskan prestasi kerja dan juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka kehilangan kerjaya tersebut. Kesan kepada peribadi pula di mana mangsa akan mengalami gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur, hilang selera makan dan emosi yang tidak stabil. Mangsa juga merasa malu untuk berhadapan dan bergaul dengan orang sekeliling. Rasa ini timbul apa bila mangsa merasa rendah diri dan tidak layak berada bersama-sama orang lain kerana merasakan dirinya tidak berharga dan terhina . Mangsa juga akan merasa takut dan curiga terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasa bimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil jika...
1.4 PENYELESAIAN
- Get link
- X
- Other Apps

CARA-CARA MENGATASI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA Pelbagai langkah perlu diambil majikan dan pekerja dalam menangani dan mencari penyelesaian kepada masalah ini. Majikan dan pekerja juga perlu bekerjasama untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku di dalam organisasi. Antara langkah yang boleh diambil adalah: 1) P o lisi Gangguan Seksual Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut. 2 ) Memberikan Informasi Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada p...