Posts

Showing posts from August, 2017

PENGURUSAN DALAM ISLAM: GANGGUAN SEKSUAL

Image
NAMA AHLI KUMPULAN : 1)  UMMU NURKHAIRAH BINTI MOHD AZIZAM (02DSK16F1042) 2) MUHAMMAD FIRDAUS BIN BAHARUDIN ( 02DSK16F2003) 3) NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK MAHADI (02DSK16F2031) 4) NUR IZMALIA BINTI MAZLAN (02DSK16F2023) 5) TUAN NORSYAZREENA BINTI TUAN NORYADI (02DSK16F2005) KELAS :   DSK2A KURSUS  :   PENGURUSAN DALAM ISLAM KOS :  DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN SESI :  DISEMBER 2017 NAMA PENSYARAH :  PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID JABATAN :  PERDAGANGAN

1.0 PENGENALAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Wahidah binti Mat Said, Pensyarah Matapelajaran Pengurusan Dalam Islam, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua piha...

1.1 APA ITU GANGGUAN SEKSUAL

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA:    BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA   Pernah mengalami tindakan gangguan seksual (Sexual Harassment)? Contohnya tiba-tiba rakan sepejabat kita meletakkan tangannya dibahu kita yang mengakibatkan perasaan tidak selesa. Atau rakan kita menceritakan jenaka lucah, dengan bermaksud untuk sekadar bergurau  tetapi kita merasa terganggu atas jenakanya. Contoh itu tadi boleh disebut sebagai gangguan seksual. Banyak dari kita mengalami kejadian seperti contoh di atas tetapi mungkin situasi tersebut dianggap sebagai suatu yang normal terjadi atau bahkan kita tidak mengetahui bahawa kita telah menjadi mangsa gangguan seksual. Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujua...

1.2 PUNCA GANGGUAN SEKSUAL

Image
1. Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden  adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah golongan wanita, keterampilan yang moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan sekerja dan juga pihak atasan, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian.  Menurut, Fiske dan Glick (1995) telah membuat rumusan bahawa perawakan wanita yang menampakkan ciri-ciri tradisi kurang terdedah kepada gangguan seksual ini. Personaliti dan perawakan seseorang wanita itu menjadi faktor ...

1.3 KESAN GANGGUAN SEKSUAL

Image
Gangguan seksual yang berlaku memberi kesan kepada mangsa dari segi fizikal dan mental. Kesan-kesan ini seperti dari segi kerjaya, peribadi dan juga persekitaran sekeliling. Dari segi kerjaya,  mangsa lebih gemar mengasingkan diri dari rakan sekerja dan juga cuba mengelakkan diri dari hadir ke pejabat . Ini akan menjejaskan prestasi kerja dan juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka kehilangan kerjaya tersebut. Kesan kepada peribadi pula di mana  mangsa akan mengalami gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur, hilang selera makan dan emosi yang tidak stabil.   Mangsa juga merasa malu untuk berhadapan dan bergaul dengan orang sekeliling.  Rasa ini timbul apa bila mangsa merasa rendah diri dan tidak layak berada bersama-sama orang lain kerana merasakan dirinya tidak berharga dan terhina .   Mangsa juga akan  merasa takut dan curiga terhadap keadaan sekeliling.  Mereka merasa bimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil jika...

1.4 PENYELESAIAN

Image
CARA-CARA MENGATASI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA      Pelbagai langkah perlu diambil majikan dan pekerja dalam menangani dan mencari penyelesaian kepada masalah ini. Majikan dan pekerja juga perlu bekerjasama untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku di dalam organisasi. Antara langkah yang boleh diambil adalah: 1) P o lisi Gangguan Seksual Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut. 2 )   Memberikan Informasi Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada p...

1.5 KESIMPULAN

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.     Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.   Pengurusan Islam dalam organisasi yang dipimpin merupakan satuwadah ke arah memimpin dan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW.Pemimpin yang jawatan ketua dalam bahagian masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organ...

RUJUKAN

       1) http://lacihitam.blogspot.my/2013/09/khas-wanita-gangguan-seksual-dan-apa_29.html 2) http://gangguanseksualditempatkerja.blogspot.my/p/test.html 3) http://wwwnursyahadah-iman.blogspot.my/2011/05/hentikan-gangguan-seksual-terhadap.html